Thursday, July 5, 2012

Bicara Lelaki: Makna Cinta

Prep malam berjalan seperti biasa. Tidak terlalu sunyi. Dan tidak terlalu bising. Rutin harian pada waktu-waktu begini ada dua je. Study. Atau kacau orang study! Aku dan rakan berteleku di meja masing-masing menyiapkan homework yang masih bersisa. Sudah menjadi adat, pantang sikit tengok orang senang, pasti ada yang datang mengganggu.

"Eh, korang nak dengar cerita tak?"

"Tak nak"

"Aku nak cerita jugak!"

Jelingan maut diberi tanda 'sukati ko la'.

Lelaki itu memulakan cerita

"Aku ada kawan. Dia ada seorang awek. Dorg dah lama couple"

"So?"

"Tapi jarak umur dorang jauh la gak"

"Mesti awek kawan ko tu dah keje, kan?"

"A'ah"

"Keje apa? Cikgu, ek?"

"Ermmm...ok la. Katakan la awek dia tu cikgu..."

"Hah, mesti cikgu BI, kan?"

"Ish. Tak nak la"

"Ok. Cikgu..........................PJK,?"

"Hah. Boleh la"

Cerita diteruskan.

"Dia sayang sangat kat awek dia. Dan dorang pernah terlanjur"

What???

"Pas tu? Pregnant?"

"Tak"

Ok.

"Tapi masa cuti semester, kawan aku ni ada kenal dengan seorang girl ...."

It's not ok.

"So?"

"Tiba-tiba dia rasa, dia suka kat girl nih. Tapi dia still sayang kat awek dia"

"Awek dia tau tak bf dia ada girl lain?"

"Tau..."

What the.....

"Pas tu? Awek dia marah?"

"Tak. Awek dia tak kisah kalau dia suka perempuan lain. Awek dia sanggup tarik diri"

"Gila! Dah rosakkan perempuan tu pas tu nak cari lain. Ni lah lelaki!"

"Dia sayang kat awek dia. Tapi dia pon tak sanggup nak kecewakan girl tu. Girl tu baik. Innocent sangat"

"Habis, girl ni tau tak laki ni dah ada awek?"

"Tak tau"

"Terus-terang je la"

"Pas tu? Tinggalkan girl tu? Tak sampai hati la. Korg rasa, apa patut lelaki tu buat?"

Masing-masing diam memikir. Bukan fikir pasal soalan Add Math kat depan mata. Tapi fikir pasal soalan yang baru je keluar dari mulut masuk terus ke otak. Mamat ni pon, tak ada time lain ke nak buat sesi luahan perasaan. Tambah sesak kat kepala je. Duhhh!

"Entah la wey. Susah nak cakap. Kalau lelaki tu pilih awek dia, nampak macam terpaksa lak. Kahwin tapi tak cinta ni payah. Nanti dua2 merana. Kalau pilih yang girl tu pulak, macam tak adil pulak. Ish...entah la. Pening kepala!"

"Kahwin bukan sebab cinta semata-mata. Tapi tanggungjawab"

"Tapi cinta tu penting gak. Takkan nak kahwin tapi tak ada perasaan langsung"

"Memang la. Tapi tanggungjawab tu lagi penting, kan?"

True.

"Ermm. So, kalau ko, ko pilih siapa?"

Dia diam. Dan terus berlalu.

Lelaki. Memang susah difahami.

:)



p/s: Aku masih tertanya-tanya. Ini cerita kawan ko atau cerita ko, ermm?

No comments:

Post a Comment