Sunday, May 15, 2011

Kisah 5 Tahun Lepas [i]

Pada tarikh yang sama 15/5, merupakan kali pertama aku melangkahkan kaki ke Kolej Matrikulasi Melaka dan selesai saja sesi pendaftaran maka secara rasminya bermula la hidup aku sebagai pelajar matrik Melaka. Perasaan waktu tuh?? Biasa je...hehee. Sebab??
  1. Aku taw, member aku time SPM dulu pon dapat matrik Melaka gak.
  2. Aku dah search sket pasal matrik Melaka ni kat tenet. So far, memang tak ada perkara yg perlu ditakutkan. Background research penting, kay!
Benda yang paling best mesti la time orientasi kan?kan? Eleh...korg pon mesti suuuuuuuke punyerrr J. So, lepas dengar taklimat bla..bla..n bla.. kat Dewan Utama, ktorg ( aku+family) pon pergi lunch kat kafe A.  After lunch, destinasi seterusnya ialah mendaki dan mencari blok B3 bilik 4-01... Huh, tingkat 4 tuh...ni memang btol2 mendaki nih...adeii...barang kalo sikit tak apa! Ni hampir 1 bilik penuh dengan barang2 aku je....mencabar sungguh! Tapi tak apa coz rumates ku semuanya mamang happening lagi pening. Ummi.Jian.Anne. Dorg la rumates aku.

Sehingga la di suatu pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat. Kesemua penghuni B3-4-01 tetap lena diulit selimut dan comforter.

Tiba-tiba....jeng..jeng..jeng..

Kedengaran bunyi ketukan di pintu depan..(ek?bilik bukan memang ada 1 pintu je ke?).

Tuk...tuk..tuk..

Aku tersedar. Mimpikah? Realitikah? Ku lihat semua rumate ku enak saja berdengkur (padahal dari katil aku boleh nampak Jian & Anne je..huhu). Lantas ku tarik selimut dengan niat menyambung tido.

Tapi..tuk..tuk..tuk..

Bunyi itu kedengaran lagi...ish..kaco sungguh!

Dengan muka yang bertepekkan bedak sejuk, aku pon memberanikan diri membuka pintu.

Dup dap dup dap. (siapakah yang bakal terkejut dan di kejutkan?)

Skrettttt....(bunyi pintu dibuka la tuh!).

Maka ternampaklah oleh ku 4 makhluk yang berdiri tegak dihadapan siap sedia menyanyikan lagu ‘Negaraku...tanah tumpahnya darah ku.........’ J. Merekalah yang ku panggil CC.Ecah.Naza.Azie.

Tanpa ku ingat siapa yang memulakan bicara, tapi ± beginilah ayat yang aku terima pagi2 tuh.

“Wey, nak tumpang bilik korg boleh tak? Takut la. Siling bilik ktorg terbang2”.

Kata hatiku...ceh, macam la siling bilik aku ni tak berterbangan. J

Dengan gaya jiran bilik yang baik aku pon mempersilakan mereka masuk.

“Ermm...tido la kat katil mana2. Ambil sorg satu. Muat je share 2 org” kataku sambil memandang rumate2 ku yang sah2 tido mati!

Opppssss lupa nak bagitaw. 4 orang kat depan aku nih awal2 dah bawak bantal masing2...confident gila aku bagi dorg tumpang tido..haha.

Then, dengan gaya rendah diri, salah sorg antara mereka pon berkata.
“Eh, tak apa. Ktorg tido kat bawah je”

Aku dengan macho menjawab.
“La...tak apa. Tido je kat katil2 dorg. Dorg tido bukan ganas sangat pon. Ada space lagi” (optimis gila!).

Dan dengan tak malunya dorg pon berlari-lari anak mengecop tempat. Pintu bilik ku tutup sebelum merebahkan badan ke katil.

Aku tak ingat siapa partner dengan siapa. Yang aku taw...CC tumpang katil aku (kalo tak silap la....ke memang silap?!). Tidak sampai 10 minit aku melenakan diri, aku dikejutkan lagi oleh budak2  4 orang nih.

Kata salah seorang kepadaku.
“Sarahhhh...(baca dengan 6 harakat taw) tak apa la. Ktorg balik bilik. Dah tak lebat dah. Cian korg..”

(arrggghhhhh...tension kot!!!!!kalo korg, korg tension tak??!).

Dengan nada tenang aku pon menjawab. “Sukati korg la. Dah keluar nanti, kunci pintu balik, ek”.

“Ok” kata mereka.

Lalu ku sambung tido ku yang terganggu tadi.

Keesokkan harinya, aku pon menceritakan peristiwa di pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat tuh kepada rumate2 ku untuk memastikan yang itu semua bukan la mimpi. Tapi realiti! Malangnya jawapan yang ku terima sungguh menghampakan. L Mereka tidak mendengar atau melihat babak2 seperti yang ku ceritakan.

Disebabkan oleh ketidakpuasan hati yang membuak-buak, aku pon menerjah watak2 dalam babak menarik di pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat tuh untuk mendapatkan kepastian.

Alhamdulillah. Mereka mengakui kesahihan kesemua babak yang berlaku di pagi yang hening, di waktu fajar pon belum menyinsing, ketika hujan turun dengan lebatnya, di saat guruh petir ribut taufan menyerang tanpa kenal penat tuh. JJ Kalo tak ada yang mengaku. Sumpah, kalo ada yang ketuk pintu bilik aku pagi2 buta lagi...jangan harap aku bukak!

Itulah dia antara babak/peristiwa menarik di awal perkenalan kami yang menghadirkan 1001 kecerian sepanjang setahun aku bergelar pelajar Kolej Matrikulasi Melaka.



Inilah dia matrik kami. Kolej Matrikulasi Melaka yang terletak di Londang, Masjid Tanah, Melaka.


Ini pulak blok kediaman kami. Klauster B. Blok B3.



Dari aras 4 kediaman.



Terbukti aku memang ex-student KMM!

               

No comments:

Post a Comment