Wednesday, September 7, 2011

Jenayah di Bulan Mulia [ii]

Kami pon berlari-lari la naik ke bilik. Ada misi lagi yang perlu diteruskan.
Sampai di bilik...
“Wey, dah dapat lighter!!!”. Memang excited gila kot.
Gara2 jeritan tadi, ktorng bertujuh berkampung la sekejap kat bilik B3-04-01.
 Telekung dibuka dan dicampak ke katil masing2. Plan seterusnya diteruskan.
Sebijik mercun naga dilepaskan di.....di....di depan bilik aku. Muahahahahha..

Proppopopop..pop..pop.. (anggap je tu bunyi mercun naga)
Boleh dikatakan semua budak wing ktorg menjenguk keluar. O_o
As usual, ktorg sengih je la. T___T

Memang seronok la ktorg main mercun tu depan bilik. Entah mana datangnya,
tiba2 ada pulak mercun yang berlainan jenis. Mercun gasing!
Yes lagi!
Tapi jangan harap la aku nak offer diri bakar mercun tu. Dah la pakai lighter. Dan
dah la kaki aku pernah jadi mangsa mercun spesisi tu. Memang menempah batu
nisan la kalo aku gatal2 offer diri. Trauma kot. Last2 dengan gagah beraninya
Ummi pegi bakar mercun tu. Dekat...dekat...dekat dengan birai tepi bilik ktorg.
Dengan harapan kalo mercun tu berpusing, dia akan jatuh ke bawah. Tapi tak. Dia
patah balik!! Berpusing sambil cari pintu bilik ktorg. Hah, apa lagi! Masing2 lari
masuk bilik dan.... dumm! Tutup pintu.
Fuhh...fuhh...

Untuk mengelakkan sebarang kecederaan pada kasut2 yang sedia ada dan
meninggalkan kesan degil pada floor  yang boleh mengantoikan, ktorg pon cari
alternatif baru.
Campak mercun yang dibakar ke bawah. So, orang pon tak taw keje siapa kan?
Bijak tak? Hehee...
Tiba2 dari aras bawah (aras 2 rasanya) terdengar suara...
“Oii, siapa baling mercun tadi hah?!!!
OMG. Tak cukup bijak rupanya...
“Kalo kena aku macam mana?!! Aku ada mak bapak yang sayangkan aku lagi taw
tak!? Baik mengaku siapa baling mercun tadi!!!!!”
Ek eleh...aku pon ada mak bapak yang sayangkan aku bro....eh...sis..
Ktorg pon tertanya sesama sendiri. Kena ke? Rasanya tak kena pon. Sebelum baling
memang dah make sure line clear kat bawah tu. Kata je la ko terkejut dengar
bunyi mercun tuh. Haila....
“Oii, aku tanya nih?!! Siapa baling mercun tadi. Baik mengaku sebelum aku bagitaw
fellow” jerit perempuan tu lagi.
“Perghh...ni dah lebih. Meh sini kau....” kata Ummi tiba2 sambil turun tangga nak
cari budak tuh.
“Eh, Ummi...Ummi...nanti2. Rilek okay” kata Ecah sambil grab tangan Ummi. Tak
bagi turun.
Ktorg yang lain tergamam dengan tindakan Ummi. Biar betol budak nih. Tak
pernah2 mengamuk.
Cuak kot tengok dia macam tuh. Nasib baik Ecah ada. Kalo tak.........ermm..Ummi
je la taw apa dia nak buat.
Suara amukan tu tak habis lagi. Dan...suara tu makin lama makin dekat!
Cess...dia dah mula naik aras 3.

Disaster!!!!!!!
Ktorg pon menggelipit masuk bilik masing2.
Scene one, take one, action!
Berlakon macam tak ada apa2 yang berlaku, beb!!
Di bilik B3-04-01.
“Eh, macam mana ni? Baik korg sorok mercun tu” cadang Anne.
“Ish..leceh betol la. Nak sorok kat mana nih? Bawah tilam je la” kata Ummi.
“Eh, jangan! Tak selamat. Kat siling! Boleh bukak kan?” kataku.
Sepantas kilat Jian terpilih untuk memanjat, membuka siling dan menyimpan
benda2 haram tuh termasuk lighter. Iye la...dah dia yang paling tinggi antara
ktorg. Huhu.
Tapi ada satu paket lagi mercun naga yang tinggal separuh atas meja aku.

Scene two, take one, action!
Semua statik di meja study masing2 sambil telinga berplugkan ear phone dan mata
terus-terusan menatap buku kat atas meja. Senyap. Sunyi.
“Oii, aku tanya dari tadi! S.I.A.P.A yang baling mercun tuh?! Meh, sini aku baling
depan muka korg!!”

Mak aii. Betol2 marah nih.
Jian bangun dan bukak pintu. Buat2 tanya. “Kenapa nih?”. Innocent habis.
Aku masih kat meja study. Telinga masih berplugkan ear phone. Cuma mata bukan
lagi pada buku. Tapi pada mercun kat sebelah buku.
Agak2 kalo dia masuk dalam bilik dan nampak mercun atas meja ni, apa dia nak
buat eh?
Ish, ko ni Sarah. Terang2 dia dah kata nak baling kat muka ko. Lagi mau tanya.
Hati dan kepala otak dah berperang sesama sendiri. Tapi tangan tetap tak ada
inisiatif nak sorokkan mercun tuh.
Setelah give up tak jumpa orang yang dicari, budak tu pon turun sambil mulut tak
henti2 membebel.
Fuhh...

bersambung...

No comments:

Post a Comment