Wednesday, May 2, 2012

Bicara Lelaki: Bila Lelaki Bersuara



Masa tingkatan dua...

"Wey, lelaki gentleman dengan playboy...ko pilih yang mana?"

Uh?! Apsal tiba2 je nih???

"Ermmm...playboy kot". Malas nak fikir.

"Apsal lak?"

Sukati aku la!

"Ntah. Alahhh...dorg playboy pon sebab tak jumpa orang yang dorg betol2 suka. Nanti dah jumpa, mesti dorg berubah punyer. Boleh jadi gentleman, romantik, bla...bla...bla"

"Owh. Cam tu ek?"


"Dah tu, tak kan cam gini pulak?!"

Gila!


Masa tingkatan lima...

"Wey, apa ciri2 lelaki idaman korg"

Hah?! Hhaahhahhaha

"Ish. Mana boleh bagitau!"

"Korg suka lelaki yang macam mana?"

Haish. Tak habis lagi budak nih.

"Ermmm. Boring la. Kat mana2 pon asyik tanya pasal lelaki idaman. Lelaki tak pernah pon jawab soalan macam ni. So, apa kata kalo ko je yang jawab. Apa ciri2 wanita idaman ko?"

Hambekkkk! Saja nak main tarik tali.

Diam berfikir.

" First, intelligent. Second, mempunyai sifat keibuan. Third, ermmm...good looking la kot"

"Reason? Eloberate la sket"

"Intelligent. Tak semestinya dia kena ada master ke, phD ke. Tapi dia kena la tau pasal isu2 semasa. Tak la ketinggalan sangat"

Ok.

"Sifat keibuan? Ermm...kalo dah perempuan mesti la ada sifat keibuan. Mana ada emak yang tak sayang anak. Tapi tak adil, kan? Asyik cakap pasal keibuan je. Perempuan mesti kena ada sifat keibuan. Tapi tak ada siapa pertikaikan pasal sifat kebapaan"

"Memang la. Sebab bapa ni tak la penting sangat...."

What???! Tak penting? Biar betol budak nih.

"Ey, kalo bapak ko tak ada. Ko pon tak ada gak tau!"

"Ish. Bukan la tak penting. Tapi mak lagi penting la coz anak2 biasanya lebih rapat dengan mak. Sebab tu kena ada sifat keibuan. Tak nak la bila dah ada anak nanti, anak aku asyik kena marah, kena bebel, kena pukul je. Tak semestinya bila buat salah kena marah...kena pukul. Tu bukan cara nak ajar anak. Kalo nak, tegur la elok2"

True.

"Yang good looking tu pulak?"

"Ermmm....yang sedap mata memandang"

"Eleh. Mesti ko nak yang cantikkkk....seksiiiiiii, kan?"

"Tak ada la. Bukan la nak yang cantik sangat. Tapi kira ok la.....yang sedap mata memandang"

Boleh percaya ke?

"Habis ko tak nak ke bakal isteri yang boleh masakkkk...boleh menjahittttt...bla..bla..bla"

"Yang tu tak apa. Boleh belajar nanti"

Agree. And I like!



Masa kat universiti....

"Ey, tengok handset jap"

"Nak buat apa? Tak boleh"

"Alah...tengok la kejap. Ni mesti ada pape nih"

"Ish. Mana ada pape"

"Ko ada boyfriend?"

"Hah? Tak ada"

"Eleh. Tipu la. Cakap la wey"

"Tak ada"

"Tipu la"

"Tak caye sudah!"



Man are complicated as woman. Kadang2 mature. Kadang2 childish. Kadang2 Straight forward. Kadang2 'bengkang-bengkok'. Kadang2 menyenangkan. Kadang2 menyakitkan hati. Cuma dorg je yang tak nak mengaku.



Haha.



Tapi aku harap masih ada lagi lelaki yang macam ...



"Jangan korang ingat seksi tu lawa.Jangan korang ingat kalau bagi perempuan seksi yang boleh pegang tarik bawak ke hulu ke hilir,aku tak tolak.Aku tak suka. Korang punya mindset aku respect,so please treat mindset aku dengan cara yang sama. Relationship bagi aku ada satu ending je.Marriage.Aku tak nak bawak awek lawa seksi ke hulu ke hilir buat teman sosial macam dah kawin,lepas tu nak kawin nanti cari lain pulak.Aku nak wife aku nanti yang tak pernah disentuh dipandang lelaki selain dari apa yang patut.Dan aku tak rasa patut untuk aku buat macam tu pada mana-mana perempuan yang bakal jadi isteri orang jugak satu hari nanti"



Ked Flop!





p/s: rindu karya hlovate!

No comments:

Post a Comment