Wednesday, June 13, 2012

Bicara Lelaki: Kaki Bola



Homework Math  masih terbengkalai di depan mata. Tak berusik. Gandaan Sepunya Terkecil. Faktor Sepunya Terbesar. GSTK. FSTB. 'Haish. Tak faham. Tak faham'. Ni lah padahnya kalau ponteng kelas. Duhh!

Mata memandang ke arah si abang yang leka mengadap TV. Siaran langsung bola sepak. Final Piala FA? ke Liga Super? Selangor vs tak tau. Malas nak ambil tau. Kepala mula mencari idea. By hook by crook math kena siap malam ni jugak! 

"Alongggggggg, ko tau tak GSTK...FSTB tu apa" soal si adik.

"Tau" jawab ringkas.

Cantik!

"Ajar wey. Aku tak paham la" ayat minta simpati.

"Jap la. Aku tengah tengok bola nih" ayat layan tak layan.

Ish. Bola. Bola. Bola. Tension!

'GSTK...FSTK...ish camne nak beza nih??? Aduyai. Siapa la yang bertuah cipta benda nih. Nyusahkan aku betul!' Hati terus membebel sambil mata sekejap-sekejap menjeling orang kat depan TV tu. 'Uh, bila la bola ni nak abes...'.

Tamat separuh masa pertama. Selangor vs tak tau. 0 - 0.

Yes!

"Long, ajar long" cubaan kali kedua.

"Jap la. Aku makan dulu" bingkas bangun menuju ke dapur.

Pulak????!

Dah habis makan. Masuk separuh masa kedua. Selangor vs tak tau.

Si abang masih khusyuk melayan bola sambil mulut bising menyumpah seranah pemain-pemain Selangor yang main macam *&^%$#@! Fuh, banyak pahala pemain-pemain tu dapat. Hehee.

Mata yang dari tadi menatap latihan Math kini teralih ke screen TV. Yeah, seorang pemain Selangor menerima hantaran bola sebelum meledak .............. GOLLLLLLLLLLLLLLLLL!

Eh, tak?

"Off side la" balas si abang dengan nada bengang. Sumpah seranah masih terhambur. Kalau tadi pada pemain, kini beralih ke pengadil dan penjaga garisan. Untung dorang, free-free dapat pahala. Huhu

'out.....side??? Bukan kalau bola melepasi garisan baru dipanggil outside ke? Ni dalam padang lagi outside apa?'

"Apsal outside lak?"

"Ko tak nampak ke?! Midfielder tu tak sepak bola lagi, dia dah lepas defent lawan. Offside la tuh" nada bengang masih tak berubah.

Oooooooh.Offside!

Dua-dua  masih berbalas serangan. Namun masih tiada jaringan gol yang terhasil. Tiba-tiba salah seorang pemain Selangor dilayangkan kad kuning.

"Oii, ko tak reti main keluar je la. Pegi rembat bola kasi gol la. Yang ko gi rembat kaki orang tu wat ape???"

'Murah hati betul abang aku malam ni. Dari tadi asyik bagi pahala kat orang je. Pahala sendiri tak nak cari.'

"Long, pe beza kad kuning ngan kad merah ek? Macam mana nak decide orang tu dapat kad kuning ke kad merah?"

"Alaaa.....ada la syarat dia. Kalo ko main kasar....sengaja sepak kaki orang....hand...etc kena la kad merah. Kalau tackle biasa-biasa tu kad kuning la"
"Owh"

Dan-dan kat srcreen TV tunjuk seorang pemain Selangor dijatuhkan. Tapi opponent tak kena kad pulak.

"Ish. Apsal tak kena kad pulak??! Referee main tipu!" giliran aku pulak bagi pahala kat orang.

"Main body la. Mana ada kena kad!"

Ek? Tak faham!

"Kalo kad merah kena buang padang....habis kalo kad kuning? Tak ada apa-apa ek?"

"Ish, bising la ko ni! Tengok la....kalo dah kumpul 2 kad kuning kena buang padang gak. Tu kira dapat kad merah la. Kalo satu....gantung satu perlawanan....dah la. Ko tengok je diam-diam!" si abang mula naik angin. Terasa konsentrasinya terganggu.

Si adik diam mencebik. Seminit.

Dua minit.

Tiga minit.

Empat minit.

Lima minit.

"Long, macam mana nak dapat free kick?" tak dapat kutip ilmu Math, dapat ilmu bola pon jadi la.

"Ko ni kan ................." perbualan seterusnya berkisarkan bola. Walaupun masih dalam keadaan bengang dan kadang-kadang suara mula mininggi, tapi semua ilmu pasal bola dikongsi dan soalan-soalan tak masuk dek akal si adik tetap dijawab.

Perlawanan terpaksa diheret ke golden goal! 'Aiseh, bila la nak siap homework aku nih'.

Pemain-pemain dalam TV dah kelihatan penat. Sepenat si adik menunggu si abang siapkan homeworknya. Tapi tiba-tiba .................


GOLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLLL!!!!!

Kali ni real punyer! Yes, caya la Amri!

Finally, Selangor menang!

Bola dah habis. Suis TV ditutup. Tapi homework tak siap lagi.

"Long, tolong ..............." merujuk pada homework Math yang masih terbengkalai di depan mata.

"Ish. Nak kol 12 dah ni. Aku nak tido la.....sok nak bangun pagi..."

What?????????!




p/s: euro 2012 milik Germany! Anda bagaimana?

3 comments: