Wednesday, November 30, 2011

Jenayah di Bulan Mulia [iii-final]

Cerita tak habis lagi. Lepas semua clear dah tak ada bising2 lagi, ktorg semua berkumpul kat B3-04-02 pulak.
Perbincangan hangat tentang macam mana budak tu boleh kena mercun yang dibaling mengambil tempat. Masing2 menegakkan benang yang separa basah.

CC memang tak ambil port dah. Sibuk study. Ye tak CC?


Tiba2...


Tuk..tuk..tuk..


“Assalamualaikum”


Ah, sudah. Siapa pulak ni.


Tak ingat siapa yang buka pintu. Yang aku taw tetamu tak diundang itu memang buat jantung ktorg nak tercabut keluar.


Pintu dibuka.


Jeng...jeng...jeng...


Oh my.....fellow!!!


Tidakkkkkkkkk!!


“Tengah buat apa?”

Mukadimah sepesis apa tuh...

“Saya dengar cerita ada student yang main mercun tadi.....” dan bermulalah sesi kekantoian ktorg.


Nak tak nak terpaksalah mengaku di atas segala pertuduhan yang dibacakan. Dah la kena ugut nak bagitaw pengarah kolej. Kena buat surat akujanji lagi. Kena ceramah. Tazkirah. Brainwash. Memang aku tension betol! Esoknya pulak exam bio untuk aku, Ummi, Ecah dan Naza. CC pulak paper fizik. Anne dengan Jian aku tak sure coz dorg budak akaun. Hee...


Habis je sesi ceramah, tazkirah, brainwash segala bagai, ktorg pon balik bilik masing2. Aku dengan Ummi dah tak ada mood nak study. So, ke katil la ktorg jawabnya.


Seminggu berlalu. Di surau kolej, HEP bersuara...


“Sepanjang bulan puasa sampai minggu exam yang lepas, meriah betol saya dengar bunyi mercun dari aspura ye....bla..bla..bla..”


“Tapi nasib la saya TAK dengar ada pelajar puteri yang main mercun. Ye tak pelajar puteri?” sambung HEP.


Ktorg kat belakang cuma mampu tersengih.


“Ada la cikgu”. Hanya bergema dalam hati.

************************
TAMAT







Sampai sekarang ada soalan yang masih tak terjawab.


“Ummi, kat mana lighter tu sekarang?”




hahahahahahaahahah

No comments:

Post a Comment