Sunday, October 7, 2012

Bicara Lelaki: Overprotective!

Sementara menunggu prep petang berakhir, tangan sempat lagi membelek browser t-shirt rekaan terbaru. Untuk budak-budak asrama, business macam ni memang famous. Especially dalam usaha mengempiskan poket pelajar. Aku dan rakan masih khusyuk membelek. Tengok je, beli belum tentu!

"Wey, ko nak beli?" rakanku memulakan bicara.

"Entah. Macam nak, macam tak nak" jawab yang tak serupa jawapan.

"Tu la. Order kang, takut ada yang lagi cantik lepas ni" masalah biasa yang dialami ialah bila terlalu banyak persaingan dalam business. Kitorang pulak yang pening tak tau nak pilih.

"Tapi aku ingat nak beli satu. Lagi pon dah form 5, kan? Lepas ni tak ada dah nak beli baju-baju tempah bagai nih. Semua main ready made je" confident lebih, hehee.

Tiba-tiba datang classmate lelaki yang memang tak pernah diundang.

"Wey, korang beli ke?" tanya empunya diri.

"Nak beli, tapi tak ada duit la. Sponsor, wey" sambil tadah muka minta simpati.

Dia cuma diam. Mungkin dah terbiasa dengan trick kitorang.

Hey, kena cari idea baru lepas nih. Cess!

"Aku pon nak beli gak la. Nak beli 2"

"Amboi banyak borong. Sponsor la kitorang sekali"

"Nak bagi adik aku la. Korang tolong pilihkan" 

Dah la tak nak sponsor, suruh pilih baju untuk adik dia pulak. Ceit!


"Best giler jadi adik ko. Dapat baju freeeeee. Kitorang nak jadi adik ko leh tak?" kegedikan jelas di situ.


Diam. Tak layan.


Fine. Give up!

"Ko tau ke adik ko pakai saiz apa?"

"Entah. Ada la tinggi ni...." sambil tangan kiri diangkat menganggar ketinggian adiknya.

"Tingginya adik ko. Lebih tinggi dari ko. hahahahahah"

"Memang dia lebih tinggi dari aku pon. Tapi kan......muka dia ada sikit macam ko" sambil muncung menghala ke arah aku.

Erk. Agak-agak ada nada perli tak kat situ?

"Sukati ko je" balasku malas.


"Saiz M ok kot. Tak pon ko kol la adik ko, tanya dia" rakanku bersuara.


"Aku rasa L kot. Adik aku memang selalu pakai besar-besar"


"Ish L besar sangat. Baju tempah selalunya besar sikit"


"Biar besar. Takkan nak bagi pakai baju kecik-kecik kot"


Uh, 'abang' dah marah. Haha.


He sounds soooooooooooooo like a 'abang' at this moment.


Overprotective!






p/s: teringat kat abang aku. Sangat 'hangin' bila dikejut bangun pagi hantar aku pegi sekolah sebab hujan. Bukan naik kereta pon. Jalan kaki je. Walau muka tak semenggah mana, tapi tetap payungkan aku sambil beg sekolah dibahunya. Ah, lagak seorang abang, memang macam tu. Sangat protective walau dipaksa dan terpaksa.




 





No comments:

Post a Comment